sedang menghabiskan sebatang kretek sambil melayari internet..
ditambah pula dengan meneguk secawan teh 'o' panas..
diiringi dengan lagu khabar buat ibu yang menjadi hidangan halwa telingaku di malam yang indah dan penuh kesejukan ini...
teringat aku kepada kedua ibu bapaku yang sedang dibuai mimpi enak..
entah apa yang mereka sedang mimpikan..
adakan pasal kehidupanku yang x tentu arah atau sebaliknya..
wahai ayahku..
kau adalah seorang lelaki yang tabah dimataku..
kau adalah perwira untuk keluargaku..
menjagaku dengan penuh kasih sayang walau tanpa ibu..
mendidikku dengan pelbagai ilmu..
mengguna sepenuh keringatmu untuk mencari nafkah yang halal untuk kami sekeluarga..
setiap hari kau bekerja mendidik anak bangsa kita tanpa jemu..
tanpa mengenal erti penat lelah..
sehingga kini..
tapi kini kau telah menamatkan pekerjaanmu sebagai seorang pendidik..
rutin harian kau telah diisi dengan berkebun dan sujud mengadap yang maha ESA..
berbeza dengan sebelumnya..
aku bangga dengan pengorbanan kau..
membela kami berlima tanpa bantuan seoarang wanita yang bergelar ibu..
sehingga kami telah dewasa..
dan kenal erti kehidupan...
wahai ibuku...
kau adalah wanita yang paling cantik dan berhati mulia..
kau adalah seorang wanita yang gagah dan kuat..
membawaku bersama walau kemana kau pergi selama 9 bulan tanpa mengenal erti penat..
bertarung nyawa melahirkan aku...
walaupun ketika itu kau sedang dilanda penyakit yang berbahaya...
tapi demi pengorbanan seorang ibu kepada anak..
kau sanggup lahirkan aku..
kau sanggup...
begitu besar pengorbananmu..
walaupun kau tidak dapat menjaga dan memberi kasih sayang kepadaku sehingga aku dewasa..
itu sudah cukup...
tetapi kenapa kau pergi terlalu awal..
belum sempat aku menabur bakti kepadamu..
belum sempat lagi aku bergambar denganmu ketika aku dianugerahkan sekalung ijazah..
KENAPA??
kadang kala aku sedih apabila melihat rakan-rakan ku keluar bersama ibu bapa mereka..bercuty bersama..
sedihhhh..
tapi aku kuatkan semangatku..
menghadapinya denGAn tabah tanpa seorang ibu yang amat kuCINTAI...
mungkin ini takdirku..
aku percaya ada hikmah disebalik kau pergi..
akan ku kenang kau dalam doaku..
3 comments:
hidUp di dUnia tanpa seOrang ibU adalah 1 ujian yg harus awak tEmpuh,,,sejauh mna kemampuAn awak menjalani liku2 kehidUpan adalah 1 gambaran yang awak sEorang anak muda yang tidak mudAh diperkotak-katikkan oleh orang lain,,kehadiran seorang ibu dalam hidUp awak adalah perkara paling bermakna walaupOn tidak lama awak kecapinya..jadilah ank mUda yg kuat dan gagah untUk kebahagiaan ibUmu di sana~
thanx sayang coz always support me..
u are welcOme:)jadi anak muda yg kuat oke:)
Post a Comment