Pages

20 October 2011

MALANGNYA NASIBKU HARI INI!!




malangnya nasibku hari ini
kerana keasyikkan yang membuai aku terus ke dalam mimpi indah
walaupun pada saat, detik dan ketika itu matahari teleh terpacak sejengkal di atas kepala
oleh keseronokan dan kealphaan 
aku terus tidur dibuai mimpi
seperti seorang bayi yang  tengah menetek 
sambil didodoi oleh seorang ibu
mimpi ini tidak pernah mengenal erti kehidupan nyata
maka aku telah gagal untuk hadirkan diri untuk ujian yang telah diberitahu awal seminggu lalu

perasaan tidak puas hati bermain di kepala otakku
hanya boleh aku menyalahkan diri sendiri
walaupun ketika itu bukan disengajakan

pemikiran ku terus menuju untuk mengambil sijil cuti sakit
tapi apakan daya
dunia ini bertuhankan duit semata
ia adalah segala-galanya
bagaikan raja tanpa takhtanya
memerintah dengan begitu zalim
untuk membayar caj untuk dapatkan sijil cuti sakit pun tidak aku mampu
kerana
hidup aku hanya menagih simpati kawan
makanku harianku hanya nasi putih berlaukkan telur goreng
yang selalu menjadi trend dalam kalangan pelajar IPTA jika kehabisan wang pinjamannya
minumanku hanya air kosong berais
tapi aku bersyukur kepadaNYA
kerana aku dapat menelan walaupun sebutir nasi daripada yang ditindas
pembayarannya hanya meminjam dan meraih simpati kawan
untuk meneruskan kehidupan yang penuh penipuan ini
tanpa mereka
mungkin aku tidak akan hidup sehingga hari ini

konklusinya aku harus jujur
memberitahu bahawa aku telah asyik dibuai mimpi
kata-kata darinya tidak akan ku hiraukan
yang penting aku telah jujur

16 October 2011

RESEARCH TENTANG PERLEMBAGAAN MALAYSIA!!

Pada 12.10.2011 bersamaan hari Rabu pada pukul 3.00pm aku telah mendapat satu idea untung mengkaji pasal  Perlembagaan Malaysia...Idea ini hadir setelah aku membantah idea kawan aku yang suruh aku membaca tentang Perlembagaan ini...dia kata 'kalo hang x baca ang x kan taw perlembagaan yang sebenar'..WTH aku kata..Aku bukan di jurusan undang-undang seperti dia yang perlu mengkaji perlembagaan ini semua..selepas bertekak melalui hp Sony aku..timbul satu perasaan dalam diri aku untuk mengkaji bab ini..tepat pukul 10:48pm aku mula mengkaji tentang Perlembagaan ini..Kajian aku bermula dengan mencari responden untuk aku bertanyakan tentang Perlembagaan Malaysia..Mula-mula memang depa x layan aku..sebab dok x dok aku nak kaji pasal Perlembagaan ini..tapi selepas diketahui mereka bahawa aku hendak menjalankan kajian ini bertujuan..mereka banyak support aku..ramai responden yang telah menjawab soalan-soalan yang dikemukan aku tentang Perlembagaan ini...banyak pendapat yang timbul dalam setiap soalan aku..macam-macam mereka jawab...itu lah inilah..sampai aku pun pening kepala..hahax..sehingga sekarang kajian aku berjalan entah sampai bila pun aku xpasti untuk menggulung hal ini...mungkin seminggu lagi,mungkin sebulan dan mungkin juga setahun..benda ini mengambil masa yang lama untuk aku kerana aku sedang belajar di sebuah Institusi Pengajian Tinggi di Kulim..masa terluang aku sahaja baru aku isikan dengan kajian-kajian ini..so harap anda akan sokong saya untuk memberi idea atau pendapat tentang hal ini..Doakan kajian saya berjaya dan selamat hingga ke akhir pergulungan...



03 October 2011

ULANGTAHUN YANG KE-1




hari ini..
3 oktober 2011??
betulkah bahwa KITA sudah setahun bersama??
betulkahhhh??
namun itulah hakikat dan realitas yang telah KITA tempuhi
kerana takdir dan ketentuan..
aku dan KAMU bersama..

walaupun perhubungan kita masih muda
usia telah mematangkan kita
namun kalau KITA tidak mencari tujuan hidup
tidak akan adanya kematangan dan kedewasaan ...

dahulu
sering saja aku persoalkan 
betulkah KAMU pilihan terbaik untukku?
betulkah tindakan aku??
dan bermacam-macam persoalan bermain di fikiran aku

namun sekarang aku tersedar dari lamunan
bahwa setiap yang berlaku ada hikmahnya
tiada siapa yang tahu rahsia rencana Tuhan..
mungkin aku dilahirkan untuk KAMU..
mungkin aku bukan untuk KAMU..

tetapi aku yakin aku hanyalah untuk KAMU
kerana setelah setahun bersama
pelbagai ujian
pelbagai cabaran
pelbagai masalah
yang KITA tempuhi dan hadapi bersama-sama
walaupun seringkali berbalah..
bertentang pendapat
ini adalah lumrah..

cuma satu yang ku pinta
untuk ulang tahun hari perkenalan kita 
tulus dari lubuk hati ku
aku ingin menerima KAMU seadanya 
berjuang mencapai cita-cita yang diimpikan
diiringi kasih sayang yang abadi
untuk melakar kenangan yang indah sepanjang hayat KITA


aku tidak seperti orang lain yang kaya dengan duit
aku juga tidak kaya dengan harta benda
hanya ini yang mampu aku hadiahkan kepada KAMU
secebis coretan dari aku
sempena hari ulang tahun perkenalan kita  yang ke-1
aku harap KAMU terima  aku dengan seadanya

01 October 2011

OKTOBER ITU!


Malam ini bulan terang..
Mengingatkan aku dengan kamu..
Yang aku kenali semenjak aku masih mengenakan kemeja 
putih,berseluar hijau,bertali leher pendek dan bersepatu hitam..
kau menjadi rebutan para pelajar..
di sekolah yang telah menghancurkan masa depan dan nama baikku...

Dalam kesejukan malam begini..
dibuai angin yang sepoi-sepoi bahasa..
mengingatkan aku kembali ke bulan oktober..
Bulan yang menjadi ingatan dan kenang kenangan..
Bulan yang penoh dengan seribu kegembiraan..
Bulan yang membuatkan kita menjadi satu..

apabila kita bertemu..
masing-masing terkejut...
kerana tidak menyangka..
masing-masing malu..
kerana tidak pernah bersua..
semuanya masih dalam ingatan..

masih ku ingat sewaktu itu..
kita pernah..
berjanji itu dan ini..
merancang begitu dan begini..
meredah liku-liku kehidupan bersama..
dengan kesabaran yang tinggi..
hanya untuk mengecap nikmat dan berahi chinta anak muda..
hanya untuk membina ikatan suci yang berpanjangan..

ingin ku pesan..
ikatan yang suci ini diharapkan berpanjangan..
perselisihan antara kita diabaikan..
cemburu buta dihapuskan..
kepercayaan diperlukan..
untuk membina sebuah mahligai yang indah dalam hidup..
sehingga ke nafas terakhir..