Pages

24 February 2011

FUXX RACISM!!


Your car is German. 
Your vodka is Russian. 
Your pizza is Italian.
 Your kebab is Turkish.
 Your democracy is Greek.
 Your coffee is Brazilian.
 Your movies are American.
 Your tea is Tamil. Your shirt is Indian. 
Your oil is Saudi Arabian. 
Your electronics are Chinese.
 Your numbers Arabic, your letters Latin. 
And you complain that your neighbor is an immigrant? Pull yourself together.


23 February 2011

THINXX !!

dimana ada cahaya,disitu ada kegelapan...
dimana ada kehijauan,disitu ada kehitaman...
dimana ada kebaikan,disitu ada kejahatan...
dimana ada kecacatan,disitu ada kesempurnaan..
dimana ada kebebasan,disitu ada penghalangnya...
dimana ada ketaatan,disitu ada pengkhianat...
dimana ada ada kebenaran,disitu ada penipuan..
dimana ada kawan ,disitu ada lawan...
dimana ada kejayaan ,disitu ada kegagalan...
dimana ada kesenangan.disitu ada kemiskinan...
dimana ada kegembiraan,disitu ada kesedihaN..
dimana ada orang lemah,disitu ada PENINDASAN...

20 February 2011

INFLASI YANG SEMAKIN MENJADI-JADI!!



Ketika menongkah arus globalisasi yang semakin mencabar, negara kita tidak terlepas daripada belenggu inflasi iaitu kenaikan harga barang secara holistik. Senario ini memberikan beban kepada rakyat terutama golongan yang berpendapatan rendah yang hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang.. Justeru itu, kenaikan harga barang akan menjejaskan perbelanjaan pengguna. Terdapat beberapa sebab yang menyumbang kepada peningkatan harga barang..
         
          Kenaikan mendadak harga minyak telah memacu peningkatan harga barangan yang didorong oleh beberapa faktor antaranya fenomena tahunan yang mana meningkatnya kegunaan tenaga di negara-negara yang menyambut musim dingin seperti di Eropah, Amerika Syarikat(AS) dan sebahagian daripada Asia. Seterusnya, kenaikan harga minyak turut menyebabkan kemerosotan sektor perindustrian dan pembuatan yang bergantung sepenuhnya kepada sumber tenaga ini. Walhal Malaysia ialah salah satu Negara pengeluar minyak di rantau ini..
         
          Selain itu, sikap tamak peniaga untuk mendapatkan keuntungan yang lumayan menjadi punca kepada krisis ini. Hal  ini sama dengan peribahasa, “ orang lain yang makan nangka, orang lain yang terkena getah.  Peniaga akan mengambil kesempatan terutama pada musim perayaan kerana akan berlaku penggunaan yang banyak. Peniaga sering terlibat dengan kegiatan menyorok barang keperluan. Mereka enggan menjual barang di pasaran lalu menimbulkan suasana yang gelisah dalam kalangan pengguna yang bimbang akan kehabisan stok. Pengguna yang tidak tahu tentang hak-hak pengguna akan mudah tertipu dengan pelbagai helah sehingga peniaga berani menaikkan harga untuk menjual barang itu.

Sesungguhnya, bencana alam juga merupakan punca yang mencetuskan kenaikan harga barang. Ketika berlakunya banjir atau kemarau yang berpanjangan, hasil tanaman pasti berkurangan.  Sebagai contoh, ketika dilanda musim tengkujuh, harga sayur-sayuran akan naik secara mendadak. Sejak beberapa tahun ini, negara pengeluar makanan terutama seperti negara Thai, Rusia, India dan Kanada sering mengalami pelbagai musibah yang  berkaitan dengan pemanasan global. Hasil tanaman mereka mengalami kemerosotan. Akibatnya, KERAJAAN negara berkenaan sanggup mengehadkan eksport hasil tanaman dan ternakan  seperti beras, bahan tenusu, tepung gandum, bawang dan lain-lain ke luar negara sehingga harga barang makanan di pasaran antarabangsa turut menjulang.  Rentetan daripada itu, rakyat kita terpaksa membeli barang makanan yang semakin mahal.aiyaaaaaa!!!
         
          Pelbagai langkah awal harus diambil bagi menangani masalah kenaikan harga barang yang semakin membimbangkan ini. Perkembangan semasa ini pastinya menuntut perhatian yang serius daripada pihak KERAJAAN untuk memastikan kesan kenaikan harga barang tidak menekan rakyat negara ini dan perlu dirangka dan dilaksanakan segera.
         
          Kesedaran pengguna terhadap hak-hak mereka adalah satu inisiatif yang perlu dititikberatkan. Pengguna harus sedar tentang hak mereka berkaitan ilmu kepenggunan. Pengguna juga perlu bertindak berani melaporkan segala bentuk penyelewengan yang dilakukan oleh peniaga kepada pihak berkuasa. Malahan itu, pengguna harus sedar tentang keperluan sendiri dan ahli keluaga supaya tidak terjerat dengan penipuan dan penyelewengan serta memboikot peniaga yang menaikkan harga sewenang-wenangnya.
         
          Kesimpulannya, kerjasama semua pihak perlu digembleng bagi mengawal kenaikan harga barang. Bagi melepaskan belenggu kenaikan harga minyak,dan barangan keperluan pihak KERAJAAN terutama Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna harus bertindak bijaksana untuk menangani masalah ini daripada terus menular sehingga dapat membebankn rakyat!!!perlu diingatkan bahawa rakyat perlu didahulukan...tanpa rakyat sesebuah kerajaan tidak akan ditubuhkan

                            
                                                                                                                                     
                                                                               ..kolabrasi bersama nur syahirah bt azhar..

19 February 2011

pabila kebosanan melanda diriku!!

ayam berkokok
azan mendayu2 memanggil aku untuk ke suraw
tapi apa kan daya
syaitan memelukku erat seolah2 maria ozawa yg memelukku
sehinngakan aku x dapat membangun
dibisiknya supaya melayan mimpi2 ku yg indah

tepat pukul 10 pagii 
aku terjaga dari dibuai mimpi yg enak
aku terus bangun lalu dipasangnya lagu dengan kuat
tanpa melengahkan lagi aku terus mandi....

selesai aku mandi
aku terus mlihat jam n hari d laptop ku
rupa2nya hari ini adalah hari JUMAAT..
what the FUCK!!
aku x sedar kerana asyk berfaceboringg
n diiringi lagu yang menyenangkan
jam di laptopku tlah mnunjukkan pukul 2 lebih
mana p pukul 12 n 1
aku pn x tahu
selepas itu 
aku terus berfaceboringg n berfaceboring 
sambil mndengar lagu..

pabila malam menjelma
aku trus mandi
n trus mnyiapkan dinnerku yg x seberapa ala2 western
FUHHH pedas crunchy!!
bezzz :-)

sesudah dinner
aku terus mencapai lighter n trus mmbakar rkok SURYA
hahahxxx lazatttt
kekenyangan terasa d perutku
sambil menghabiskan sebatang rokok
aku terus on laptopku lalu berfacebooring
n download pa lbey kuqang

tappp tappp taappp hujan plaxx
hatiku berbisik
meth plizzzz....
hohoxx
lpas sbatg sbtg aku mmbakar rkokk
untuk mghilangkan bosan yg teramat
n ksjukkan yg mlanda...
aku mengadap laptopku 
hgga pkoi 4 pg
entah apa yg aku buat pun aku x taw..
kalot2 sudah pkoi 4 pg..
BOSAN BOSAN BOSAN...
aku tros melenyapkan diriku
dengan tidur...............
 di buai mimpi yang indah....

guru oh guru!!!

hubungan antara cikgu dan murid x sekata..cikgu jadi bos..aku jadi pekerja..cikgu hanya mengarah..aku diarah..cikgu berpikir..aku dipikirkan..cikgu bicara..aku mendengar..cikgu mengatur..aku diaturkan..cikgu tahu segalanya..aku x tahu apa-apa..cikgu subjek..aku objek...HAHAHXX..dengan sistem pembelajaran satu hala,tanpa perbincangan dan paradigma cikgu yang tahu segala-galanya,maka cikgu dipandang sebagai manusia ideal yang harus ditiru dan diteladani..hal ini menyebabkan aku hafal bukan paham..aku menjadi penonton dan peniru bukan sebagai manusia berfikir..segala macam ilmu yang disampaikan akan ku terima tanpa dipersoalkn kerna cikgu memiliki segala macam ilmu...tingkat guru diatas..dan aku hanya dibawah...aku x terlibat dalam proses mencari kebenaran walhal kebenaran sudah ada dalam poket seluar cikgu..aku hanya tunggu untuk menerima kebenaran ini dan hafal seterusnya akan aku sampaikan kepada anak bangsa jika aku jadi pendidik kelak...aku dididik untuk patuh dan menerima setiap ajaran..aku sebagai student yang patuh dan tunduk,menghafal segala kebenaran tanpa disiasat..ibarat cawan yang kosong..hanya tunduk dan berserah kepada pendidik..

18 February 2011

TOKOH TERULUNG....

sedang leka berfacebook..tiba-tiba terasa ingin membaca sal tokoh terkenal iaitu dr burhaniddin al-helmy..setelah mambaca ini ada serba sedikit tentangnya:-
Latar Belakang -Amir Burhanuddin bin Ungku Muhammad Nor dilahirkan pada 28 Ogos 1911 di Changkat Tualang, Perak.
Burhanuddin Al-Helmy mendapat pendidikan awal di kelas Al-Quran dan agama dan sekolah Melayu. Dia dihantar ke Sekolah Agama Sungai Jambu, Sumatra Barat pada tahun 1924 hingga 1926.
Pada tahun 1926, Burhanuddin Al-Helmy meneruskan pelajarannya di Pondok Pulau Pisang, Jitra, Kedah. Seterusnya dari situ ke Madrasah Al-Masyhur Al-Islamiah, Pulau Pinang hingga tamat kelas senawi pada tahun 1934.
Burhanuddin Al-Helmy telah mendapat biasiswa seorang hartawan India muslim dari Pulau Pinang untuk melanjutkan pelajarannya di Universiti Aligarh. Di universiti tersebut Burhanuddin Al-Helmy mengambil bidang sastera dan falsafah.
Beliau dianugerahkan PhD daripada Universiti Aligarh, India.
Sekembalinya dari pelajarannya di India dan pengembaraannya ke Palestin dan Turki, Burhanuddin Al-Helmy kembali bertugas sebagai guru bahasa Arab di Sekolah Arab Al-Juned Singapura.
Ketika di Singapura, Burhanuddin Al-Helmy belajar ilmu perubatan homeopati daripada Dr. Rajah dan beliau telah berjaya mendapat ijazah daripada Ismailiyah Medical College, Hyderabad, India.
Dengan kelayakan ini, Burhanuddin Al-Helmy telah membuka sebuah klinik di Johor Bahru dan sebuah lagi klinik di Jalan Picitan, Singapura.
Seorang Aktivis Dakwah dan Politik
Pembabitan awal Burhanuddin Al-Helmy:
· Penerbit majalah Taman Bahagia, Singapura
· Penyunting majalah Kehidupan Dunia Akhirat, Singapura
· Ahli Persatuan Jama’atul Islamiah
· Ahli Kesatuan Melayu Muda (KMM), 1939
· Penasihat Adat Istiadat dan Kebudayaan Melayu semasa pendudukan Jepun
· Pemimpin Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS), 1945
· Ketua Umum Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), 1945
· Pengerusi PUTERA-AMCJA, 1947
· Ahli Jawatankuasa Perhubungan Bangsa-bangsa Asia, 1947
· Ahli pengasas PEPERMAS, 1947
· Ahli pengasas MATA, 1947
· Ahli pengasas Hizbul Muslimin, 1948
· Wakil Malaya di Persidangan Afro-Asia Bandung, 1955
· Jurucakap Barisan Kebangsaan Melayu, 1955
· Melancarkan penubuhan Parti Rakyat Malaya, 1955
Pengaruh Awal Pemikiran
Semasa belajar di Jambu, Sumatera Barat (1924-1926), Burhanuddin Al-Helmy berada di bawah asuhan Haji Nuruddin, anggota Sarekat islam Indonesia. Di samping itu guru-guru yang mengajar dan mendidik beliau di sana terdiri di kalangan aliran Kaum Muda.
Semasa di Madrasah Al-Masyhur Al-Islamiah, Kepala Batas, Burhanuddin Al-Helmy juga terdedah dengan pemikiran Kaum Muda. Aliran inilah yang telah menyalakan semangat anti-penjajah dan pro-kemerdekaan dalam diri beliau.
Semasa belajar di India pula pada tahun 1928, Burhanuddin Al-Helmy mengikuti pergerakan Mahatma Gandhi serta berkenalan dengan Mohd Ali Jinnah dan Pandit Nehru dan pemimpin-pemimpin kemerdekaan India yang lain.
Selepas tamat pelajarannya di Universiti Aligarh, India Burhanuddin Al-Helmy telah mengembara ke Palestin dan Turki. Beliau mengikuti perkembangan umat Islam di sana.
Ketika di Singapura, Burhanuddin Al-Helmy telah bergiat cergas dalam pergerakan-pergerakan Islam di pulau tersebut. Beliau menerbitkan majalah Taman Bahagia yang bercorak anti-British yang akibatnya dia ditahan oleh pihak British di sana.
Selepas itu, Burhanuddin Al-Helmy terus bergiat pula dengan persatuan Jama’atul Islamiah dan menjadi penyunting majalah Kehidupan Dunia Akhirat.
Ditahan dan Merengkok dalam Penjara
Selepas tamat pelajarannya di India, Burhanuddin Al-Helmy mengembara ke Palestin dan Turki. Semasa di Turki belaiu ditahan kerana terlibat dalam gerakan anti-British di sana.
Ketika di Singapura pada pertengahan 1930an, Burhanuddin Al-Helmy telah menerbitkan majalah Taman Bahagia yang bercorak anti-British. Satu jam selepas edisi pertama majalah ini diterbitkan, beliau ditahan oleh pihak British. Beliau dipenjarakan selama enam bulan.
Terdapat juga catatan yang menyatakan beliau dibebaskan selepas membayar wang ikat jamin sebanyak $1,000.
Pada tahun 1950, Burhanuddin Al-Helmy telah ditahan oleh British akibat Peristiwa Natrah. Dia dituduh terlibat dalam demonstrasi menentang keputusan Mahkamah Tinggi Singapura yang membenarkan Natrah (Maria Hertogh) dipulangkan kepada keluarga asalnya di Belanda.
Dia telah dipenjara selama satu tahun. Namun, terdapat juga catatan yang menyatakan beliau dipenjarakan selama tiga tahun di Singapura ekoran peristiwa tersebut, iaitu dari dari tahun 1950 hingga 1952.
Terdapat catatan yang peristiwa Natrah itu hanya sebagai alasan bagi pihak British menahan Burhanuddin Al-Helmy.
Sebenarnya Burhanuddin Al-Helmy ditahan oleh British kerana semasa Darurat pada 1948, beliau menyeru secara terbuka orang Melayu jangan menyerang kaum gerila Cina yang berjuang melawan British di dalam hutan.
Peristiwa Natrah hanya dijadikan alasan oleh pihak British. British tidak boleh menahan Burhanuddin Al-Helmy yang bergiat masa itu di Singapura kerana pulau tersebut tidak tertakluk kepada undang-undang Darurat yang hanya dikuatkuasakan di Semenanjung Tanah Melayu.
Burhanuddin Al-Helmy menentang penubuhan Malaysia pada tahun 1963. Ini menyebabkan dia ditahan di bawah ISA pada bulan Januari 1965 kerana dituduh terlibat dalam kerajaan buangan di Riau, Indonesia.
Burhanuddin bin Al-Helmy jatuh uzur semasa dalam tahanan. Pada bulan Mac 1966, beliau dibebaskan bersyarat dan dikenakan sekatan kawasan. Di antara syaratnya adalah beliau tidak dibenarkan melibatkan diri dalam politik. Syarat tersebut ditarik balik hanya pada 22 September 1969.
Tokoh Perjuang Kemerdekaan
Dr. Burhanuddin Al-Helmy adalah antara tokoh ulung perjuangan kemerdekaan.Beliau bergiat cergas dalam KMM dengan tujuan menentang penjajahan British.
Semasa pendudukan Jepun, Burhanuddin Al-Helmy dan beberapa orang rakannya mengambil strategi licik. Ini diungkapnya sebagai:
”Maka ahli-ahli kebangsaan Melayu kiri telah mengambil langkah Musa dalam istana Firaun. Ada yang tinggal di dalam, ada yang tinggal di luar mengambil bahagian di hutan di ruimba jadi anti-fascist ada yang menjalankan gerakan rayap – semut api – harimau dan sebagainya”
Dengan sokongan pihak Jepun, beliau bersama-sama Ibrahim Yaacob memimpin KRIS membuat persetujuan dengan Seokarno dan Mohd Hatta di Taiping untuk mengisytiharkan kemerdekaan serentak di Tanah Melayu dan Indonesia pada 17 Ogos 1945.
Tetapi Jepun menyerah kalah pada 14 Ogos 1945.
Seokarno meneruskan rancangannya mengisytiharkan Indonesia merdeka dari Belanda pada 17 Ogos 1945.
Dr. Burhanuddin Al-Helmy tidak dapat berbuat demikian memandangkan perkembangan yang amat berbeza di Tanah Melayu ketika itu.
Selepas Jepun berundur, PKMM ditubuhkan sebagai satu kesinambungan daripada KMM. Dr. Burhanuddin Al-Helmy menjadi Ketua Umum PKMM yang pertama.
Semasa diadakan kongres PKMM ke-2 di Melaka pada Disember 1946, Dr. Burhanuddin Al-Helmy telah disambut hebat oleh pelbagai lapisan kaum di sanaDalam ucapan tersebutlah Burhanuddin Al-Helmy melafazkan pantun pusakanya yang terkenal:
Di atas robohan Kota Melaka;
Kita Dirikan Jiwa Merdeka;
Bersatu padulah segenap baka;
Membela hak keadilan pusaka.
Pembabitan Burhanuddin Al-Helmy dalam PUTERA, PEPERMAS, MATA dan Hizbul Muslimin sepanjang tahun 1947-1948 adalah juga dengan tumpuan menyemarakkan perjuang mencapai kemerdekaan Tanah Melayu.
Di antara kemuncak perjuangannya menuntut kemerdekaan adalah apabila Burhanuddin Al-Helmy sebagai pengerusinya telah menerajui Sepuluh Dasar PUTERA-AMCJA beserta bendera merah putih duabelas bintang kuning sebagai melambangkan Malaya Merdeka.
Pembabitannya melancarkan Parti Rakyat Malaya sebaik sahaja Ahmad Boestamam dibebaskan dari penjara pada tahun 1955 juga adalah dalam konteks menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.
Pada masa itu politik kiri adalah bermaksud anti-British. Mereka yang mengambil sikap no-cooperation terhadap penjajah British di anggap sebagai ”kiri”.
Karya dan Penulisan 
Dr. Burhanuddin Al-Helmy telah menghasilkan buku yang bercorak politik antaranya:
• Perjuangan Kita, 1946
• Falsafah Kebangsaan Melayu, 1947
• Agama dan Politik, 1954,
• Ideologi Politik Islam, 1957 Namanya Diabadikan
Dr. Burhanuddin Al-Helmy meninggal dunia pada 25 Oktober 1969 berpunca daripada serangan lelah. Sebenarnya Dr. Burhanuddin Al-Helmy telah jatuh sakit semasa dalam tahanan ISA. Ketika beliau dibebaskan dengan sekatan kawasan pada tahun 1966, penyakitnya masih belum sembuh.
Namanya diabadikan di sebuah sekolah di Taiping dan nama jalan di Taman Tun Dr. Ismail, Damansara, Selangor.
Beliau dianugerah pingat emas Commander of World Order of Human Merit daripada I’Ordre Universal du Merit Human, Geneva pada 15 November 1959 di atas sumbangannya dalam pembangunan perubatan homeopati. 

MENARIK!!

contoh papan tanda AUTOBAHN 

AUTOBAHN adalah istilah Jerman bagi lebuh raya berkelajuan tinggi yang dihadkan kepada kenderaan yang mempu mencapai kelajuan sekurang-kurangnya 60 km/j serta mempunyai kawalan capaian penuh, sebagai mana lebuh raya berkelajuan tinggi yang lain.
Dalam kebanyakan negara, ia biasanya merujuk kepada rangkaian autobahn Jerman. Bagi kebanyakan autobahn Jerman, had laju disyorkan ialah 130 km/j, tetapi tiada had laju maksimum. Rangkaian autobahn Austria dan Switzerland masing-masing mempunyai had laju maksimum 130 km/j dan 120 km/j. Dalam Bahasa Jerman, sebutan "autobahn" adalah seperti di atas, dan kata jamaknya pula ialah "autobahnen", manakala dalam Bahasa Inggeris pula sebutan bahagian pangkal "auto-" di hadapan adalah sebagaimana perkataan "automobile". Nama rasmi bagi rangkaian autobahn Jerman ialah Bundesautobahn (BAB) (Lebuhraya Persekutuan). Autobahn dibina dan diselenggara sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan Jerman, menyebabkan rangkaian lebuh raya Jerman dipanggil "Lebuhraya Persekutuan". Lebuh raya terawal dibina pada tahun 1920-an, dan nama rasmi pada tahun 1930-an ialah "Reichsautobahn" (Lebuhraya Reich).

PEMBINAAN

Sebagai mana rangkaian lebuh raya lain di Eropah, autobahn mempunyai berbilang lorong di kedua-dua bahagian yang dipisahkan oleh pembahagi lebuh raya dengan keluar masuk hanya melalui persimpangan bertingkat serta dihadkan kepada kenderaan tertentu sahaja. Autobahn pertama dibuka pada tahun 1931 antara Cologne dan Bonn oleh Konrad Adenauer (Datuk Bandar Cologne serta bakal Canselor Jerman Barat) pada 6 Ogos 1932.[1]Pada masa itu, ia belum lagi dipanggil "autobahn" tetapi dikenali sebagai Kraftfahrtstraße (bermaksud "jalan raya kereta"). Idea adal ialah jalan khas tanpa lintasan dan hanya digunakan oleh kereta dan motosikal dan bukan pejalan kaki atau kereta kuda. Memandangkan Adolf Hitler masih belum menjadi Canselor sehinggalah pada Januari 1933, dakwaan yang mengatakan idea autobahn mula ditampilkan oleh rejim Nazi hanyalah cerita dongeng semata-mata.[2]
Walau apa pun, rejim Nazi tetap meneruskan pembinaan rangkaian autobahn sebagai salah satu langkah mencipta peluang pekerjaan serta mengurangkan kadar pengangguran.
Sistem pernomboran kod laluan autobahn moden mula diperkenalkan di Jerman Barat pada tahun 1974. Semua autobahn diberi kod bernombor dengan huruf A di hadapan diikuti nombor laluan, contohnya Autobahn A8. Laluan utama yang merentasi seluruh Jerman diberikan kod satu angka dengan nombor genap bagi laluan timur-barat dan nombor ganjil bagi laluan utara-selatan. Lebuh raya setempat yang lebih pendek (menghubungkan antara dua bandar raya atau kawasan dalam Jerman) mempunyai kod laluan dua angka (seperti Autobahn A24 yang menghubungkan Berlin dan Hamburg). Sistem kod laluan adalah seperti berikut:-

Sistem pernomboran kod laluan autobahn dari 10 ke 999
A 10 - A 19: Bahagian timur Jerman (Berlin, Saxony-Anhalt, beberapa bahagian Saxony dan Brandenburg)
A 20 - A 29: Bahagian utara dan timur laut Jerman
A 30 - A 39: Di Lower Saxony (barat laut Jerman)
A 40 - A 49: Di kawasan Rhine-Ruhr
A 50 - A 59: Juga di kawasan Rhine-Ruhr
A 60 - A 69: Di Rhineland-Palatinate, Saarland dan Hessen
A 70 - A 79: Di Thuringia, utara Bavaria dan beberapa bahagian Saxony
A 80 - A 89: Di Baden-Württemberg
A 90 - A 99: Selatan Bavaria

HAD LAJU

Had laju lebih rendah dikuat kuasakan pada kenderaan berikut:
60 km/j
Bas yang membawa penumpang berdiri (kecuali di Switzerland)
Motosikal dengan treler (di Switzerland: 80 km/j)
80 km/j
Kenderaan dengan berat kasar melebihi 3.5 t (kecuali kereta penumpang)
Lori treler serta kereta yang membawa treler
Bas ekspres (di Switzerland: 120 km/h)
100 km/j
Kenderaan dengan berat kasar tidak melebihi 3.5 t membawa treler yang disahkan untuk kelajuan 100 km/j
Bas ekspres yang disahkan untuk kelajuan 100 km/j tidak membawa treler
Lori treler serta kereta dengan treler yang disahkan khas untuk kelajuan 100 km/j
Had laju umum:-
Jerman: Had laju disyorkan 130 km/j dan tiada had laju maksimum bagi kebanyakan bahagian autobahn. Namun demikian, ada bahagian yang dikenakan had laju seperti di kawasan berkepadatan trafik yang tinggi.


PERATURAN MENGGUNAKAN AUTOBAHN

Walaupun rangkaian lebuh raya Jerman sangat terkenal kerana tidak mempunyai had laju maksimum, namun beberapa peraturan lebuh raya yang ketat dikenakan pada semua pengguna autobahn. Polis peronda lebuh raya memantau keadaan lebuh raya dan ada di antara mereka yang membawa bersama kamera video, membolehkan beberapa peraturan yang dilihat sukar dibuktikan di mahkamah jika di negara lain (seperti mengekori terlalu rapat) dapat dikuatkuasakan. Antaranya termasuklah:-
Had laju minimum di Jerman dan Austria ialah 60 km/j (Switzerland: 80 km/j)
Lorong perlahan di sebelah kanan mesti digunakan sekiranya kosong dan lorong memotong di sebelah kiri hanya boleh digunakan semasa memotong sahaja.
Memotong di sebelah kanan tidak dibenarkan. Jika kenderaan yang dipotong berada di lorong kiri, kedua-dua kenderaan yang memotong dan dipotong akan disaman.
Menghalang kenderaan lain memotong juga tidak dibenarkan[3].
Semasa kesesakan lebuh raya, lorong kecemasan mesti dikosongkan bagi memberi laluan kepada kenderaan kecemasan seperti ambulans, kereta polis dan kereta bomba melaluinya.
Pemandu tidak dibenarkan berhenti di lebuh raya termasuklah di lorong kecemasan kecuali dalam keadaan kecemasan seperti kereta rosak atau terlibat dalam kemalangan. Pemandu yang keretanya terhenti akibat kehabisan minyak juga boleh disaman kerana keadaan tersebut boleh dielakkan.
Jarak mengekori (dalam meter) adalah lebih kurang separuh daripada angka kelajuan mengekor (dalam km/j), contohnya 60 m bagi kelajuan 120 km/j. Peraturan ini samalah seperti Peraturan 2 Saat. Pemandu yang mengekori terlalu rapat boleh digantung lesen memandu selama maksimum 3 bulan.
Pemandu dibenarkan mengelipkan lampu tinggi dan membunyikan hon sebagai isyarat memotong[4], tetapi tidak dibenarkan berkelakuan yang berupa gangguan seperti menggunakan lampu tinggi dalam jangka masa panjang. Menghalang kenderaan lain memotong juga adalah satu kesalahan.
Tayar yang digunakan mestilah disahkan mengikut kelajuan maksimum kenderaan.

kisah apartment 60 tingkat!!!

Ada tiga orang sahabat..Ali, Abu dan Mamat, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas, mereka pulang ke rumah. Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya elektrik padam dan lif tidak berfungsi.
Ali: Macam mana ni… rumah kita atas sekali pulak tu?
Abu: Aduhhhh… bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke?
Mamat: Aku rasa, baik kita panjat tangga aje… kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik.
Ali: Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi kita kena bercerita yang sedih saja, sebab kalau kita buat cerita lawak,kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa. Biar kita serius dengar cerita.
Mereka pun bersetuju, jadi mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60. Ali mula bercerita.
Ali: Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku. Aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku… bla bla bla bla bla…
Punyalah sedih mereka mendengar cerita si Ali hingga meleleh-leleh air mata, sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20. Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata, kemudian mereka kembali memanjat sambil Abu pula bercerita.
Abu: Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibubapaku meninggal dalam kemalangan jalan raya. Aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada masa tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 4orang… bla bla bla bla…
Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih… punyalah lama si Abu bercerita,sedar tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat sajalagi. Sambil melangkah memanjat tangga ke tingkat 56, Mamat mula menyampuk.
Mamat: Alaaaaaa… korang punya cerita tak sedih lagi. Cerita aku lagi sedihhhh punya.
Ali: Kau ada sejarah hidup sedih juga ke?
Mamat: Emmmm… mungkin hari ini dalam sejarah…
Abu: Cerita aje le… kita dah tinggal 4 tingkat je lagi. 
Mamat: Aku sedih kerana… KUNCI RUMAH KITA, AKU TERTINGGAL DALAM KERETA…. UWAAAAAA…
hahhahahahahxxx

CHAP GOH MEI!!


Lima belas hari selepas Tahun Baru Cina merupakan hari Chap Goh Mei disambut sebagai menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Pesta Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara besar-besaran, di mana colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama keluarga. Bunga api dibakar dan tanglung dinyalakan bagi meraikan Chap Goh Mei.
Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di mana para gadis akan berpakaian serba indah dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan yang secucuk. Terdapat juga amalan melontar buah limau ke dalam laut atau sungai dengan doa untuk mendapat pasangan. Buah limau yang basah membawa pesanan agar mereka mendapat pasangan yang sesuai.menurut rakan saya, buah limau untuk perempuan dan buah apple untuk lelaki..
Persembahan kebudayaan Cina akan diadakan pada waktu malam bagi menandakan perayaan Chap Goh Mei seperti perarakan tanglung, tarian naga atau singa, opera Cina, dan mengimbang bendera besar "Chingay".


entry untuk ABAH!!

abah hanis dah banyak buat salah dengan abah..dari hanis kecik sampai sekarang..dari hanis sekolah rendah lagi hanis dah banyak buat salah kat abah..sampai la hanis sekolah menengah n lepas tu berpindah ke sekolah texnix..banyak kesalahan yang hanis dah lakukan..disini hanis menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada abah..hanis harap abah dapat maafkan semua kesalahan yang hanis lakukan selama ini..dari hanis kecil sehingga hanis dewasa..hanis sangat berbangga mempunyai ayah seperti abah..sejak kecil lagi abah telah memberi didikan dari segi agama dan general knowledge...abah juga telah memberi kasih sayang yang cukup kepada hanis walaupun ketiadaan mama..tapi kenapa mama pergi??? dua tahun tak cukup untuk hanis rasa kasih sayang dari seorang mama..hanis sangat rindukan mama..tapi abah telah menjadi suri rumah sambil bekerja sebagai seorang pendidik..besar pengorbanan abah..abah lah inspirasi hanis..membela 5 orang anak tanpa isteri memang payah kn..tapi abah tetap x mengalah walaupun mama dah pergi..abah tabah hadapi segala dugaan halangan dan karenah kami berlima..kasih sayang diberikan samarata kepada kami berlima sehinggakan kami berlima dah besar dan dah mengenal erti kehidupan...cuma kadang-kadang ja hanis qasa macam disishkan mungkin kerana  hanis tak berpeluang masuk MRSM atau SBP..hanis juga x dapat masuk UKM or UTP after spm...tapi ni mungkin sebab hanis juga x mau belajar..tapi semua tu x penting..hanis akan buktikan kat abah walaupun hanis x dapat penuhi kehendak abah hanis tetap akan berjaya dalam bidang yang hanis ceburi... i dont want you cry because my failure but i want you cry for my succes!!

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 56 ABAH...moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..



kek sempena hari jadi abah yang ke56




17 February 2011

sejenak bersama GANJA !!!




nice!!!


Ganja (Inggeris Marijuana) berasal daripada sejenis pokok hem yang bergelar Cannabis sativa. Perkataan "Ganja" berasal dari bahasa Sanskrit yang memberi maksud "Resin/getah dari pokok berserabut". Ia merujuk kepada daun, batang, bunga dan biji benih kepada pokok Kanabis tersebut yang mengandungi resin dan selalunya dikeringkan (dengan menyalai) dahulu sebelum digunakan. Ganja selalunya berwarna kehijauan hingga keperangan, dengan berbau tengit dan boleh dimakan atau dihisap (tanpa atau bersama tembakau). Kesan daripada pengambilan ganja boleh dirasai dalam 10 minit yang pertama jika dihisap. Tempoh masanya adalah lebih panjang jika dadah ini dimakan. Secara amnya, seseorang itu boleh berkhayal selama 2 setengah jam atau lebih lama jika dimakan.
Pengambilan dan memiliki ganja adalah haram di kebanyakan negara, dan telah diselubungi kontroversi mengenai penggunaannya dalam perubatan. Ganja mengandungi lebih 420 bahan kimia dan kesannya kepada manusia bergantung kepada individu dan situasi. Ini menyebabkan kesan ganja agak sukar untuk diperhati dan dikaji.


layan kePALA!!

me I gat nothing ina dis life
me gat no children me gat no wife
me gat no job an I tell you no joke
the only thing that I’ve gat ganja for smoke

now you come take me ganja away
tell me why do you take me ganja away
why do you take me ganja away
why do you take me ganja away

you make a lots you send me cops
you make these things you set me traps
I do no wrong and you come cross my way
Just think can take me ganja away

why do you take me ganja away
tell me why do you take me ganja away
why do you take me ganja away
why do you take me ganja away

now I say dear think about that
I can see clear nothing go right
me gat to tell you an hear when I say
them cannot take our ganja away

them cannot take our ganja away
tell you them cannot take our ganja away
them cannot take me ganja away
them cannot take our ganja away…

so hear when I say…
…you gat to legalize the marijuana
…you gat to free the sensimilia
…you gat to liberate the ganja
…nomimi I founta
…speirte xorta

…la la la

im in love!!

in the small pocket,
treasures smelling grass are hide-and-seek With you being kind to tie my undone shoelace,
going on a short trip to the too high sky in midsummer (from)
 lonely days we can fly Imagining us at that day behind eyelid
(from) lonely nights we can fly
Having got hurt by something anytime Im just in? love Im just in love Im just in love oh singin my life
I? opened an old photo album
Now Im as old as my parents in their younger days
Both of you (parents) ran in Showa era, while bringing us
I almost cry when? I imagine how hard your life was
(from) lonely days we can fly
I miss those days full of memory
(from) lonely nights we can fly
OK! Thank you for your love
Im just in love Im just in love
Im just in love oh singin my life

We will rock you words from heaven!

13 February 2011

heppy valentines day!!

selamat kepada siapa yang sambut..
lagi 9 bulan kalau berkesempatan
anda akan mendengar teriakan baby yang baru lahir..
di belakang rumah anda
anda jangan tertanya-tanya anak siapakah itu..
anak itu dari VALENTINE DAY..
teruskan perjuangan anda semua untuk menambahkan jumlah penduduk MALAYSIA..
sahut seruan ********!!
hahahx...
SELAMAT!!

07 February 2011

ENJOY!!


kemaqin bez gila..
aku n 2 oqg kawan aku kmi p jungle tracking depan uma kami...
ada hutan...
mmg syok laa ngn pkai boxer ja..
hahahx..
niat nk p usha2 ja..
tgk 2 kami dah joh da jalan...
fuhh mmg sempoi la ats 2..
jmpa cm2..
pas2 nk mlm dah..
kmi tuqon kot mna x taw..
ngn joh dari umah kmi smua ckop..
pnat jalan..
cibai btoi..
tgk2 dah dekat ngn uma kawan aku 
chinese..
qalit g p lepak lu umah depa..
nk soh dpa hantaq blix la..
sesampai ja kt uma depa..
depa jamu cam2 kueh n limau skali..
bsa la qaya cina dok tqasa g kn..
pas2 uncle dpan uma depa 2 pggl gtaw kta depa nk men bunga api..
fuhh mmg sempoi la bunga api depa..
smua mahai2 n sempoi2 punya...
geqam gila tgk depa men..
enjoy laaaa...
thanx yang n woong!!
xing nian kuai le...
gong xi fa chai..




03 February 2011

Luahan Hati Pelajar Malaysia Di Mesir...

Luahan Hati Pelajar Malaysia Di Mesir...

Salam. aku student mesir. kawasan yang masih 'hijau'. aku ni jarang tulis note, ...tapi sebab aku rasa ni perlu, maka aku tulis, dan korang tolonglah sebar2kan.

takda yang lebih tahu pasal mesir ni kecuali kami. kebanyakan berita di malaysia hanyalah 'lebat'2 belaka. kami taklah seteruk itu. berita2 macam ni akan membuatkan mak ayah kat sana risau, kan?

betul.

ada satu lagi yang anda semua tak tahu. kami bukan risaukan bunyi2 bom di waktu malam. belum terjadi lagi. tapi kami risau benda ni akan jadi worse. ah, kelakar aku rasa bila baca blog2 macam ni,

http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2011/02/krisis-di-mesir-utamakan-bawa-pulang.html

http://blogserius.blogspot.com/2011/02/serius-fakta-fakta-tentang-pelan.html

apa yang korang tahu pasal kami di sini? bank dah banyak yang kena beku, kedai banyak dah tutup, harga barang naik mendadak, penjenayah terlepas. nak tunggu sorang pelajar kami maut kat kawasan 'hijau' ni baru nak menggelabah ke?

betul, kami tak boleh menggelabah. kerajaan sedang keluarkan pelajar malaysia perlahan2. kami di kawasan 'hijau' ni perlulah bersabar.

aku, secara peribadi, boleh bersabar. orang lain aku tak tahu.

yang kami risau sekarang, kerajaan terlalu lambat ambil tindakan. embassy sekarang ni sgt susah nak dihubungi. pegawai2 negeri pun susah nak dikontek jugak. siapa kata kami terurus? lawak, lawak. macam korang pulak yang kat sini, kan?

aku harap, ambiklah. walaupun sedikit lambat. asalkan jangan terlampau lambat. apa kerajaan nak tunggu zioonis campur tangan ke? nk tunggu amerika baling bom guna jet?

ok, ingat tak, dulu2, ada satu kerajaan ni di pegang oleh parti Islam (algeria kot.) then, tiba2 perancis datang untuk jatuhkan balik kerajaan tu. macam tulah yang aku takut sebenarnya. jangan sampai diorang masuk campur. sekarang ni tentera macam menyokong pro-mubarak ni. saja nak laga2kan golongan anti dan pro. kalau dah sampai macam ni situasinya, susah dah kita nak keluar dari sini.

sekejap, kami gembira kami akan keluar dari kancah ni. tapi, kejap sangat. datang balik rumours kata kawasan kami takkan keluar. u pun tak cuti. hakikat, kitorang sekarang ni cuak gila bila tahu ada kemungkinan kami tak keluar ke mana.

ada pihak yang cuba telefon embassy. sejujurnya, kami tak dikompemkan lagi kami akan keluar dari sini.

ada pihak2 yang yang dah gelabah semacam, termasuklah aku.

bukan apa, ini bukan perang agama, utk aku masuk campur. ini hal kerajaan. aku takda hak pun nak bersuara.

kerajaan, kalaulah kos nak selamatkan kami ni tinggi sangat, akan merugikan ekonomi negara, duit2 petronas tak mampu cover, nak majukan sangat negara, maka, buatlah kutipan derma. walaupun kemungkinan separuh tu masuk kat poket sesiapa, sekurang2nya adalah jugak duit. kalau taknak jugak, claimlah duit kami nanti, macam ALONG buat!!!

sekarang ni takda apa. tapi sampai bila? kami tak perlukan golongan2 doktor yang bawak ubat, supply2 makanan tu semua. sini ada doktor dan makanan dah. keluarkan kami segera dan terancang.

kami tak cukup berharga, kan?

lagi sekali.

sampai bila?

nak tunggu kami yang di kawasan hijau ni kena rompak ke? kena peluru? lawak.

kami tak kata kerajaan abaikan kami. kami tuduh melulu. tapi dah memang hakikat, embassy pun tak mampu nak kompemkan kami ni akan keluar dari sini. jadi, macamana kami tak risau?

kawasan 'hijau' yang korang kata tu, dah buat aku rasa gas pemedih mata. kat malaysia pun aku tak rasa.

well, the truth is, kami ada makanan. tak perlulah nak bawak makanan banyak sgt. dan kami kesempitan. makanan ada la seminggu dua lagi, tapi keamanan dan ke'hijau'an kami pun tak tahu lagi sampai bila. kerajaan tak mampu nak comfirmkan situasi kami lagi. kelak kaherah dan iskandariah dan di evakuasi, kami terkapai2 tanpa pegawai sebab semuanya nak balik malaysia jugak. lagi2lah kami di kawasan yang bukan kawasan utama.

sebarkanlah benda ni. sebarkan sehabis daya kalian. TV3, akhbar, facebook, blog, sebarkanlah, tolong. kami tak harap kami diselamatkan sekarang jugak. tapi bagi kami jaminan kami akan keluar. dan kami diselamatkan SEBELUM US dan yahudi masuk campur lebih teruk lagi. tunjukkanlah tanda2 kalian prihatin terhadap nasib kami. kami tidak tuduh anda tidak ambil tahu, tapi tunjukkanlah bukti bahawa anda ambil tahu hal kami.

kami di kawasan hijau tinggal sikit. banyak senior dah gerak ke cairo. tinggallah kami segelintir kami yang terkontang kanting di sini tak tahu apa akan terjadi. sebab tulah kemungkinan kami akan diabaikan semakin tinggi.

kalau betul kami diabaikan, sebahagian besar kami akan lari ke mansurah atau kaherah dengan risiko sendiri. andai kata ajalnya di sini, doakanlah rohnya diredhai.

banyak yang di atas hanyalah rumours. tapi jangan pernah main2 dengan rumours. masakan pokok bergoyang kalau tiada angin, kan?

terima kasih kerana sudi membaca.

wassalam.

Dipetik dari: [edyesdotcom]

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/02/luahan-hati-seorang-pelajar-malaysia-di.html#ixzz1CyEGkVlP










02 February 2011

YANG MANA LEBIH KERESPECTANNYA???


Antara POLIS dan TENTERA..


yang mana anda RESPECT?

Sejarah membuktikan banyak kali.. setiap kali

berlaku rusuhan rakyat dengan kerajaan..

polis akan berpihak kepada kerajaan 


tentera akan berpihak kepada rakyat..

[kecuali di negara2 yang diperintah oleh tentera]