Pages

29 June 2011

ROKOK!!

Ia terbungkus rapi berharga
dilapisi plastik yang kedap udara
terlihat begitu mewah

hanya berisi beberapa saja
namun tak terhitung oleh jemari kita
padat rapat nan mengoda

Ia adalah sekotak rokok
berisikan beberapa batang rokok
yang tak laku bila bengkok

Sekotak rokok pembungkus racun
racun yang diletakkan  rapi berukuran
yang rajin merayu bibir mengucapkan kepuasan
Namun ia tetaplah racun yang mudah terbakar suasana
asapnya mengepul lalu hilang entah kemana

tetapi ia tetap menjadi pilihan anak muda..
yang inginkan kepuasan yang tak terhingga..
Rokok hanyalah wakil kebodohan
dimata kaum tak kenal erti kepuasan


rokok idaman


25 June 2011

RUMUSAN!!



ALI                  : save x minyak kalo saya beli kereta ini?
AH MENG      : berapa tahap ketahanan kereta ini mampu tahan apabila digasak?
MONIANDY : kereta ini mampu menampung berapa ramai penumpang?

PERSONALITI





kita akan hidup bila kita dihidupkan..
kita akan marah bila kita dimarahi..
kita akan sayang bila kita disayangi..
kita akan sakit bila kita disakiti..
kita akan gembira bila kita bergembira..
kita akan kecewa bila kita dikecewakan..
kita akan lemah bila kita dilemahi
kita akan teruja bila kita diterujakan..
kita akan terkejut bila kita dikejut..
kita akan malu bila kita dimalukan..
kita akan patah bila kita dipatahkan..
kita akan sunyi bila kita disunyikan...
kita akan lumpuh bila kita dilumpuhkan..
kita akan tension bila kita ditensionkan..
kita akan mati bila kita dimatikan...

MANUSIA



manusia!!
pelbagai PERSONALITI yang kau tonjolkan..
kadang-kadang sampai keterlaluan..
keliru untuk seseorang simpulkan..
kadang kala negatif..kadang kala positif

kau baik bila di depan kedua orang tua kau..
sehinggakan semut yang dipijak x mati..
tetapi kau panas baran bila berdepan dengan adik kau..
kau marah mereka..
kau tengking mereka seperti anjing kurap yang menyalak di malam hari..
apabila kau berada diluar..
luar dari jangkauan kedua ibu bapa...
kau lupa daratan...
kau berfoya-foya..
tanpa memikirkan siapa kau sebenarnya...
apa tujuan kau hidup..
kau berlagak bodoh sombong dengan kawan-kawan kau..
angkuh!!
riak!!
dengan apa yang kau miliki...
kau seorang yang gentlemen bila kau berdepan dengan gadis-gadis..
kau berpura-pura dihadapan mereka..
kau menabur pelbagai janji manis untuk memikat mereka..
walhal kau adalah seorang yang mungkir janji..

inilah PERSONALITI manusia yang paling aku benci..
dan kadang-kadang membuatkan aku rasa menyampah..

22 June 2011

HUJAN!!



KENAPA manusia berlari ketika HUJAN turun?
KENAPA manusia mengeluh ketika HUJAN turun?
benarkah ia adalah satu rahmat dari tuhan?
KENAPA manusia begitu sombong?
KENAPA manusia tidak mahu menerima rahmat dari Tuhan?
KENAPA manusia tidak menikmati HUJAN?
betulkah HUJAN itu akan membuatkan kita sengsara?
betulkah HUJAN akan memusnahkan segala aktiviti harian kita?
KENAPA bila panas terik manusia minta HUJAN turun?
meminta rahmat dari Tuhan sekalian alam.
tetapi bila HUJAN turun semua akan lari..
semua akan mengeluh..
KENAPA!!

perasaan ini timbul selepas HUJAN sepanjang hari di tempatku...

21 June 2011

SELAMAT HARI BAPA!!

Ayah

Pagi ini suluh mentari menghantar pulang
Jejak sepatuku masih ada debu kota meminggir
Diasak embun desa termanggu di halaman
Seratus langkahku menghampiri anak tangga usang
Rumah papan atap rumbia menyentak perantau
Sepi di beranda...

Kuatur langkahku sebak
Syahdu dan gementar
Ada tangisan di wajah
Menyentuh kenangan di gerbang pintu
Ayah selalu berkisah
Kuakan pintu itu ada nasihat
Masih basah keringat
Memantul warna senja kepulanganmu
Tanpa sungutan

Cepat benar masa berlalu
Waktu ayah menyambutku pulang
Usiamu diterjah putih kelabu
Ada perit getir di wajahmu
Kedut yang membungkus wajahmu
Mengasak kudrat ke telapak kesat tanganmu
Sering dahulu memeluk kami sebelum ke sekolah
Menghantar seribu luka di tumitmu
Dulunya menguak rahsia jalan
Aku menyambut memapah tubuh gementarmu
Kulihat dengan genang air mata
Sejuk dahiku kau kucup penuh restu

Sepohon pokok rendang tua
Ayah duduk memerhatikanku yang sudah dewasa
Membawaku ke sisi dan bercerita lagi kepadaku
Tentang kerinduan yang pernah ada dalam rumah
Tentang kasihan ibu kepada kami
Kata ayah “ibumu selalu sabar
Memahat senyuman pada dedaun padi
Yang menjadi alas kehidupan”

Ayah,
Seperti ibu yang selalu menangis gementar
Memanjat harapan ke hadirat-Nya
Anak-anakmu juga tidak dapat membezakan
Di antara turun hujan dan air matamu
Waktu ayah menghambakan hayat
Menyuah seluruh nafasmu ke bendang
Antara tergesa-gesa dan mengah
Dalam cahaya senja

Ayah,
Anak-anakmu yang sudah dewasa ini
Sesal dan terharu
Bagai kehilangan kuasa lidah
Sekalipun untuk mahu memohon maaf
Atau....
Berbicara tentang cinta dan kasih sayangmu
Yang waktu kecil kami dahulu
Selalu juga gagal ...
.....Gagal kami temui dalam setiap dakapan
.....Gagal kami hayati dalam setiap bilah rotanmu
.....Gagal kami dengar dalam setiap doamu
Hanya pelukan yang dapat kami bahasakan
Mengharapkan naluri ayah
bertemu bisik hati kami
Betapa kami....
tidak mampu pun suarakan
saat kami menyusun jari di pangkuan mu
dalam tangisan

Ayah,
Terima kasih kerana airmata mu
Tidak pernah gagal prihatin untuk kami
Terima kasih kerana ingatanmu di hujung rotan
Tidak pernah gagal mengasihani kami
Terima kasih kasih sayangmu yang takjub
Tidak pernah gagal mengingatkan kami dalam hati mu
Terima kasih atas segala susah payah
Tidak pernah gagal memanjatkan doa

Doa ibu membawa ke syurga
Doa ayah jalan ke syurga

15 June 2011

SEKOLAHKU!!


rindu aku padamu..
rindu pada persekitaranmu..
rindu pada asramamu..
yang x seberapa indah seperti yang ku sangakakan..
bak tahanan  pesalah juvana..

kau telah banyak mengungkap segala masalah ku..
kau telah banyak mencemarkan nama baik ku..
perbuatan ku diperhati..
kesalahanku diambil berat..
tanpa usul periksa..
tanpa peluang untuk aku berbicara masalahku..
sehingga aku diBUANG..

kenapa aku sering dipersalahkan..
apabila berlaku suatu masalah disiplin??

09 June 2011