Pages

21 April 2011

CREDIT TO : NURSYAHIRAH BT AZHAR


Malam ini bulan terang..
Mengingatkan aku dengan kamu..
Yang aku kenali semenjak aku masih mengenakan kemeja 
putih,berseluar hijau,bertali leher pendek dan bersepatu hitam..
kau menjadi rebutan para pelajar..
di sekolah yang telah menghancurkan masa depan dan nama baikku...

Dalam kesejukan malam begini..
dibuai angin yang sepoi-sepoi bahasa..
mengingatkan aku kembali ke bulan oktober..
Bulan yang menjadi ingatan dan kenang kenangan..
Bulan yang penoh dengan seribu kegembiraan..
Bulan yang membuatkan kita menjadi satu..

apabila kita bertemu..
masing-masing terkejut...
kerana tidak menyangka..
masing-masing malu..
kerana tidak pernah bersua..
semuanya masih dalam ingatan..

masih ku ingat sewaktu itu..
kita pernah..
berjanji itu dan ini..
merancang begitu dan begini..
meredah liku-liku kehidupan bersama..
dengan kesabaran yang tinggi..
hanya untuk mengecap nikmat dan berahi chinta anak muda..
hanya untuk membina ikatan suci yang berpanjangan..

ingin ku pesan..
ikatan yang suci ini diharapkan berpanjangan..
perselisihan antara kita diabaikan..
cemburu buta dihapuskan..
kepercayaan diperlukan..
untuk membina sebuah mahligai yang indah dalam hidup..
sehingga ke nafas terakhir..



2 comments:

Anonymous said...

:) nice..words that give a thousand meanings:)143!

xsuzikornx said...

so bad..baru nk belajar tulis cmni