#OccupyPenang adalah satu inisiatif untuk orang ramai meneroka makna sebenar DEMOKRASI di luar sistem wakil untuk mentakrifkan semula penyertaan demokrasi di luar kotak undi dan untuk membayangkan politik baru budaya luar bangsa, ideologi dan fahaman politik.
#OccupyPenang yang pertama semalam telah bermula dengan sesi Speakers' Corner (Sudut Pidato) pada jam 6:30 petang.
Beberapa individu telah mengekspresikan kebebasan bersuara mereka di bawah khemah di tengah Speakers' Square sebab hujan lebat.
Pihak media & polis datang singgah sekejap sebelum beredar.
Selepas hujan berhenti, "Sekolah Demokrasi Rakyat" bermula dengan kelas analisis bergambar sistem demokrasi di Malaysia pada jam 9:00 malam.
Persidangan pertama "Penang People's Assembly" mula bersidang mulai jam 11:45 malam hingga ke 2:00 pagi. Banyak perkara dan isu yang dibincangkan dan beberapa usul telah dibangkitkan dan diluluskan secara konsensus oleh sidang. Beberapa Working Group telah dibentuk untuk melaksanakan beberapa keputusan yang telah dibuat.
Berikut adalah usul2 yang telah dibentangkan, dibincangkan dan diluluskan secara konsensus semasa Assembly malam tu:
1. #OccupyPenang akan diadakan seminggu sekali pada hari Jumaat.
2. 'Penang People's Assembly' akan bersidang dari jam 9:00malam hingga 12:00 tengahmalam setiap hari Jumaat.
3. Satu 'Working Group' dibentuk untuk buat satu FB Page #OccupyPenang yang akan buat Event Page setiap minggu. 'Working Group' members: Haris Zuan, Mohd Izzuddin.
4. Satu 'Working Group' lain dibentuk untuk menghasilkan risalah pasal #OccupyPenang & 'Penang People's Assembly' dan juga flyer untuk tujuan publisiti offline. 'Working Group' member: Haris Zuan, Rasyid Rahim, Azraai (tolong printing)
5. #OccupyPenang akan turut serta dalam aksi #Occupy Sama-Sama 11.11.11 dan akan membantu usaha membangunkan #OccupyKulim, #OccupyAlorSetar, #OccupyKota Bharu pada 11.11.11.
6. Agenda yang akan dibahaskan dalam 'Penang People's Assembly' minggu ni: Racism
![]() |
| Gambar diambil setelah selesai #OccupyPenang #1 |



No comments:
Post a Comment