Pages

26 September 2011

NASI LEMAK 2.0


Sinopsis Filem Nasi Lemak 2.0: Mengisahkan seorang Chef bernama Huang (Namewee) yang banyak membantu masyarakat disekelilingnya. Dia berdepan kesukaran untuk meneruskan restorannya kerana dia tidak tahu menyediakan masakan tempatan. Di waktu yang sama, keluarga Xiao K mengalami masalah perebutan hak mengurus restoran. Mak Cik Xiao ingin merampas kuasa dari bapa Xiao K. Untuk menyelesaikan perkara ini, Nenek Xiao K mengarahkan satu pertandingan memasak dibuat. Kumpulan yang menang, akan menguruskan restoran tersebut.
Sewaktu Xiao K berjumpa dengan ibu angkatnya, Kak Noor (Adibah Noor), dia telah melihat Chef Huang, yang sedang marah kerana pekerjanya membeli nasi lemak di gerai Kak Noor. Xiao K meminta bantuan dari Chef Huang untuk menentang kumpulan mak ciknya. Tanpa berfikir panjang, Chef Huang menyerbu kumpulan mak cik Xiao K untuk mengajak bertarung memasak. Rupa-rupanya, Tukang masak yang bakal ditentangnya ialah Chef Lan Qiao, rakan sepengajiannya semasa menuntut ilmu memasak di negara China. Chef Lan Qiao merupakan pelajar terbaik semasa pengajian. Chef Huang telah tewas.
Keesokkan harinya, Mak Cik Xiao K telah merampas Restoran milik Chef Huang yang telah 6 bulan tertunggak sewanya. Chef Huang sangat sedih. Dia ingin memulakan hidup baru. Dia cuba mencari perkerjaan sebagai Chef di restoran lain. Namun agak sukar untuk memperolehi pekerjaan kerana dia tidak tahu memasak masakan tempatan, inginkan gaji yang mahal, dan sijil memasaknya tidak diiktiraf di Malaysia. Ini membuatkan dia berputus asa.
Sewaktu duduk mengenangkan nasib di luar restoran lamanya. Seorang mak cik telah memberikan dia Nasi Lemak yang dibeli dari gerai Kak Noor. Sewaktu memakan Nasi Lemak itu, dia terkejut kerana Nasi Lemak itu sungguh sedap. Maka timbullah di hati Chef Huang untuk belajar resepi Nasi Lemak dari Kak Noor. Tetapi dia tidak berani, kerana dia pernah bertekak dengan Kak Noor. Sewaktu Kak Noor balik ke rumah, dia telah mengikut Kak Noor secara senyap untuk mengintip proses pembuatan Nasi Lemak.
Kak Noor berjaya mengetahui perbuatan Chef Huang. Dia telah memberikan Chef Huang peta. Di dalam peta itu, Chef Huang perlu pergi ke 3 tempat yang berlainan untuk belajar memasak. Ditemani Xiao K, dia memulakan pengembaraan. Dalam pengembaraan dia bertemu dengan keluarga Baba Nyonya, India dan Melayu. Dia belajar memasak dari ketiga-tiga kaum ini. Maka terhasillah Nasi Lemak  2.0.Di dalam filem ini, banyak mesej yang cuba disampaikan oleh Namewee.So sapa yang paham maksud terSirat akan memahami cerita ini..Sapa yang x paham akan bingung memikirkan apakah isi tersirat yang ingin disampaikan..
hahahahahahxxx






Berpeluang menonton cerita ni bersama Syera

F U C K   R A C I S M ! ! 

No comments: