Pages

06 August 2011

BLOGWALKING!!

hari ini ialah hari yang ke-6 kita berpuasa..pagi ni aku telah menghabiskan masa boring aku untuk menerjah blog dan membaca semua karya blogger..

ini yang aku dapat dari blog Zahiril Adzim..

step by step menjadi nasionalis kental, konon

Langkah pertama

1. Seluk kocek seluar/handbag biasa atau LV atau Coach/ dimana telefon bimbit atauhandphone anda berada.

2. Genggam dengan semangat, handphone jenama JEPUN anda.

3. Sebelum keluar rumah, tutup semua suis terutamanya barangan elektrik jenama JEPUNanda.

4. Pandu kereta jenama JEPUN anda.
Langkah kedua

1. Kunjungi Muzium Negara (dimana Pameran Darurat/Anti-Komunis sedang berlangsung).

2. Angkat handphone jenama JEPUN anda dan jerit di pintu masuk Muzium..

"YA! Saya anti - PENJAJAH! Saya anti - KOMUNIS! Sebab Komunis jahat dan nakal! Jangan bagi Chin Peng balik, sebab brader yang jual buku DBP dekat Istana Budaya tu marah kat dia! Saya perangi KOMUNIS kerana mereka pernah nak rampas negara kita! Kejam! Bluwekk!!"

Bahagian ini, sila jerit dengan lebih semangat patriotisme.

Dan saya juga penyokong barangan JEPUN! Tengok handphone saya! Tengok kereta saya! Tengok barangan elektrik di rumah saya!

Oh ya, sila gunakan BAHASA INGGERIS sewaktu meluahkan semangat patriotisme, nasionalisme dan ism - ism yang lain tadi.



INGAT ada manusia yang tak cukup makan
INGAT ada manusia yang takda keluarga
INGAT ada manusia yang takda tempat tinggal
INGAT ada manusia yang takda baju raya langsung
INGAT ada manusia yang bumbung rumahnya tidak kalis air
INGAT ada manusia yang takda wang yang cukup untuk berbelanja raya
INGAT ada manusia yang makanan pagi raya mereka sama macam makan petang kita
INGAT ada manusia yang tak dapat sambut raya langsung
INGAT ada manusia yang lebih dahsyat perit hidupnya dari yang kita dapat bayangkan
INGAT ada manusia yang keluarganya tahanan ISA

Jangan berlagak di hari raya. 
Jangan eksyen dengan diri dalam baju raya
Jangan langsi dengan make up di pagi raya
Jangan kiasu dengan handbag raya
Jangan kerek dengan kereta gempak di pagi raya

Jangan lebih - lebih lar.. fikir orang lain jugak.
Ada orang yang jauh lebih derita.

Bumi ini kita kongsi



Mereka Sudah Buta

Pandai mereka bermain kata
Pandai mereka merekacipta
Pandai mereka memberi percaya
Pandai mereka menjual muka
Pandai mereka menagih simpati
Pandai mereka mengasih hati
Pandai mereka menipu
Pandai mereka tersimpul malu
Hari ini mereka kejar keduniaan
Hari ini mereka kejar kemahsyuran
Hari ini mereka kejar keuntungan
Hari ini mereka kejar kepentingan
Mereka seperti seorang kapitalis
Yang mementingkan kepentingan diri
Cuma bukan wang ringgit yang dicari hari ini
Tetapi kepuasan diri yang digilai
Nepotisme amalan diri

Kata - kata berbau penipuan
Yang diucapkan demi kepentingan
Mereka buang kita hari ini
Seperti sisa yang tiada erti
Kami yang dipergunakan
Hanya untuk beberapa zaman
Setelah tidak diperlukan
Dizalimi, dihina, diseksa
semata - mata untuk keuntungan dan kepentingan

Mungkin barang baru itu bagus untuk mereka
Kerana barang baru itu 'ada nama'
Barang baru itu sedang melonjak gembira ceria
Barang baru itu sesuai dimata ketua
Barang baru itu bangga dibawa kemana - mana
Untuk cita - cita kotor yang mereka tergila - gila

Memangnya mereka dari golongan 'dunia'
Pernah mereka fikir tentang manusia yang lain?
Katanya mereka dari golongan seni.
Konon.
Tetapi masyarakat dikanan dan kiri tidak mereka peduli.
Bukan nama yang perlu mereka cari,
Tapi carilah diri sendiri.
Si bangsat keparat yang datang ditengah jalan,
Seperi suara syaitan menghasut khayal
Sial!
Kau penceroboh!
Mereka dijaja oleh ketua sendiri.
Yang mengheret ke sana sini!

Pak Guru pernah berkata
Musuh jangan dicari
Tetapi berjumpa, pantang dielakkan
Kejahatan harus dibalas dengan kejahatan
Dendam akan tetap menjadi dendam.

Apakah kata - kata guru harus dituruti?
Kerana kami mampu menjatuhkan mereka sekelip mata.
Kami mampu berbuat apa - apa.
Kami mampu bertindak gila.
Kami miliki semua kisah mereka.
Kami miliki semua rahsia.
Kerana kamilah manusia pertama
Tidak akan ada yang pertama selain si pertama
Atau mereka tinggalkan yang pertama untuk yang kedua?
Celaka.
Sial.
Perlukah kita lakukannya?
Atau diam sahaja dan terus melihat?
Keliru.
Tenanglah wahai hati. 
Sedang kau dizalimi.
Hari ini mungkin kami dibawah,
Hari ini mungkin kami dipijak.
Hari esok mereka akan percaya.
Hari ini mereka tidak nampak.
Kerana mereka taksub dengan dunia.
Kerana mereka dikelilingi dengan si gila.
Dan kerana itu mereka menjadi si buta.


Atas Katil,
Bukit Jelutong,
1.54 a.m : 21 April 2008
Dendam


penulisan dari yang asal..tidak diubah perkataannya..

6 comments:

Solehatun Husna said...

panjang nya.. btw , yg first tuh gempak !!

xsuzikornx said...

yess..blog dya ni bezz..sllu gux la bca entry dya ni

Solehatun Husna said...

dia kan penulis.. mmg gempak lah ayatnya..
tanak jadi cm dia ka ??

xsuzikornx said...

dya bukan penulis la dya pelakon

elajamaludin said...

go ZAHIRIL !!

xsuzikornx said...

hehe..kt ikmal x nk soh GO ka??