Pages

20 February 2011

INFLASI YANG SEMAKIN MENJADI-JADI!!



Ketika menongkah arus globalisasi yang semakin mencabar, negara kita tidak terlepas daripada belenggu inflasi iaitu kenaikan harga barang secara holistik. Senario ini memberikan beban kepada rakyat terutama golongan yang berpendapatan rendah yang hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang.. Justeru itu, kenaikan harga barang akan menjejaskan perbelanjaan pengguna. Terdapat beberapa sebab yang menyumbang kepada peningkatan harga barang..
         
          Kenaikan mendadak harga minyak telah memacu peningkatan harga barangan yang didorong oleh beberapa faktor antaranya fenomena tahunan yang mana meningkatnya kegunaan tenaga di negara-negara yang menyambut musim dingin seperti di Eropah, Amerika Syarikat(AS) dan sebahagian daripada Asia. Seterusnya, kenaikan harga minyak turut menyebabkan kemerosotan sektor perindustrian dan pembuatan yang bergantung sepenuhnya kepada sumber tenaga ini. Walhal Malaysia ialah salah satu Negara pengeluar minyak di rantau ini..
         
          Selain itu, sikap tamak peniaga untuk mendapatkan keuntungan yang lumayan menjadi punca kepada krisis ini. Hal  ini sama dengan peribahasa, “ orang lain yang makan nangka, orang lain yang terkena getah.  Peniaga akan mengambil kesempatan terutama pada musim perayaan kerana akan berlaku penggunaan yang banyak. Peniaga sering terlibat dengan kegiatan menyorok barang keperluan. Mereka enggan menjual barang di pasaran lalu menimbulkan suasana yang gelisah dalam kalangan pengguna yang bimbang akan kehabisan stok. Pengguna yang tidak tahu tentang hak-hak pengguna akan mudah tertipu dengan pelbagai helah sehingga peniaga berani menaikkan harga untuk menjual barang itu.

Sesungguhnya, bencana alam juga merupakan punca yang mencetuskan kenaikan harga barang. Ketika berlakunya banjir atau kemarau yang berpanjangan, hasil tanaman pasti berkurangan.  Sebagai contoh, ketika dilanda musim tengkujuh, harga sayur-sayuran akan naik secara mendadak. Sejak beberapa tahun ini, negara pengeluar makanan terutama seperti negara Thai, Rusia, India dan Kanada sering mengalami pelbagai musibah yang  berkaitan dengan pemanasan global. Hasil tanaman mereka mengalami kemerosotan. Akibatnya, KERAJAAN negara berkenaan sanggup mengehadkan eksport hasil tanaman dan ternakan  seperti beras, bahan tenusu, tepung gandum, bawang dan lain-lain ke luar negara sehingga harga barang makanan di pasaran antarabangsa turut menjulang.  Rentetan daripada itu, rakyat kita terpaksa membeli barang makanan yang semakin mahal.aiyaaaaaa!!!
         
          Pelbagai langkah awal harus diambil bagi menangani masalah kenaikan harga barang yang semakin membimbangkan ini. Perkembangan semasa ini pastinya menuntut perhatian yang serius daripada pihak KERAJAAN untuk memastikan kesan kenaikan harga barang tidak menekan rakyat negara ini dan perlu dirangka dan dilaksanakan segera.
         
          Kesedaran pengguna terhadap hak-hak mereka adalah satu inisiatif yang perlu dititikberatkan. Pengguna harus sedar tentang hak mereka berkaitan ilmu kepenggunan. Pengguna juga perlu bertindak berani melaporkan segala bentuk penyelewengan yang dilakukan oleh peniaga kepada pihak berkuasa. Malahan itu, pengguna harus sedar tentang keperluan sendiri dan ahli keluaga supaya tidak terjerat dengan penipuan dan penyelewengan serta memboikot peniaga yang menaikkan harga sewenang-wenangnya.
         
          Kesimpulannya, kerjasama semua pihak perlu digembleng bagi mengawal kenaikan harga barang. Bagi melepaskan belenggu kenaikan harga minyak,dan barangan keperluan pihak KERAJAAN terutama Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna harus bertindak bijaksana untuk menangani masalah ini daripada terus menular sehingga dapat membebankn rakyat!!!perlu diingatkan bahawa rakyat perlu didahulukan...tanpa rakyat sesebuah kerajaan tidak akan ditubuhkan

                            
                                                                                                                                     
                                                                               ..kolabrasi bersama nur syahirah bt azhar..

3 comments:

Solehatun Husna said...

marah sgt bunyi nya tuh.. btw, that was the impresive entry..

Anonymous said...

haha..ttba esei ni btukar nada plak..:)great ikmal! truskan usaha yeahh..

xsuzikornx said...

thanx all